Tuesday, November 18, 2014

"Wahai ayahanda, lihatkanlah aku berlari tinggi, melompat tinggi, setiapnya kerna kau tak pernah pergi"

Untuk abi, yang tak pernah setuju aku pergi Jordan. Yang cakap nanti aku tak boleh catch up belajar dalam arab. Sebab dia tahu aku tak mampu sebenarnya.

Tapi dia lepaskan aku, sebab aku degil. Tapi sampai harini abi tak pernah tanya, kenapa markah teruk, kenapa tak pandai cakap arab lagi, kenapa tak mumtaz mcm anak orang lain. 
Sebab dia abi, dia nak aku belajar erti kehidupan yang pahit. 
Satu hari nanti aku buat dia bangga in sha allah :'D

Wednesday, October 29, 2014

Dari seorang yang hidup bawah tarbiyah sejak 2010 tanpa mengikut jalan ini.

Terikut jalan ini pada tahun 2012 dan kini terasa betul-betul ikut pada tahun 2014.

Ya, saya pilih jalan dnt ini. Saya pilih untuk bersama-sama IKRAM dalam mencapai ustaziatul alam.

Dari kanak-kanak rebel taknak ikut daurah sampailah jadi penyampai daurah.

Sungguh jalan tarbiyah ini telah mencorak hidup saya.

Wednesday, October 22, 2014

Sebolehnya, aku taknak bagitahu kesedihan aku kepada orang lain.


Cukuplah Allah sahaja yang tahu.
Kisah aku? Tak ramai yang tahu. Yang tahu pun, tak tahu sepenuhnya. Maaf bukan berniat untuk asingkan diri.

Friday, October 17, 2014

Aku tak tahu aku yang selalunya takde rezeki ke memang aturan Allah memang macam tu. 

Allah, apa yang Kau nak ajar aku?

Saturday, October 11, 2014

Its just so hard
I feel like Im far behind everyone else

Never felt so hurt

Penuh sangat dunia ke dalam hati aku ini?

Friday, September 12, 2014

Bulan


Bulan. 

Jika bulan boleh berkata-kata, mungkin ia akan ceritakan tentang ku

Tentang aku yang penat tahan semua perasaan ini. Allah, maha adil, letakkan aku di posisi yang sepatutnya.

Tapi Allah, aku sangat lemah, andai bukan kerana aku ingin redha Mu, mungkin aku sudah patah balik untuk melalui jalan lain.

Nauzubillah. Allahu thabit qulubana ala deenik wa ala tho'atik wa ala thoriq dakwatik.

Wednesday, September 10, 2014

Permulaan

Bismillahirahmanirrahim

Pernmulaan baru untukku. Iye, dah banyak blog aku buat sebelum ini. Blog ini dibuat bagi dapat  aku updatenya sentiasa di iphone ku. 

Aku boleh guna blog lama, tapi aku perlukan permulaan yang baru. Pernulaan yang baru itu, bila-bila masa sahaja kita boleh cipta. 

Walaupun mungkin pernulaan yang baru itu merupakan langkah terakhir kita.  

Sebab itu kena serious. Blog ini serious ditempat aku akan certitakab cerita jalan dakwah dan tarbiyah ku.

Moga akhirnya ia menjadi saham untuk ku di akhirat sana.

Aisynasyee