Wednesday, December 30, 2015

2015



30/12/2015 @ Bayt Muriyaat, Jo.

Baca balik post 2014. Penuh emosi, dapat rasa balik perasaan-perasaan yang ganggu hidup waktu 2014. Ketika mana hidup sangat bergantun kepada manusia. Mengharapkan manusia. Tapu hati dapat jumpa Allah di tengah kesedihan itu.

2015, tahun yang di mana aku memulakan dengan perjalanan ke amman, menemani kak nina beli phone. Diikuti dengan final exam semester 1. Salji ribut, masalah ukhuwah dengan ahli rumah. Berpisah dengan tiger yang tak senang. Tahun di mana aku pulang ke Malaysia dua kali dengan hati yang tak rela. Tahun paling bangak diuji dengan kesihatan. Tahun yang sepatutnya pergi umrah tapi tak jadi. Tahun paling banyak bekerja dalam program besar. Salute untuk diri sendiri yang baru belajar untuk kerja dengan orang.

Aku masih aisyah yang suka memendam perasaan. Tapi ku letak pergantungan kat Allah. Cuba merasionalisasikan semua perkara dengan fikiran dan hati yang sihat. 

Tahun di mana aku buat keputusan yang terbsar untuk hidupku yang akan mengesani masa depan ku dengan sangat besar. 

Baru aku sedar, bila mana kita letak pergantungan kat Allah, Allah akan berikan insan untuk bersama dengan kita. Aku banyak hampa dengan akhowat, tapi tahun ni aku dipertemukan dengan akhowat yang sangat masha allah. Betullah orang kata, kita perbaiki hubungan dengan Allah, Allah perbaiki hubungan dengan manusia.

Setiap tahun kena tulis entri baru supaya kita dapat muhasabah dan reflect balik percapaian kita setiap tahun. N mungkin tahun ni agak emosi dengan perkara-perkara luar jangkaan tapi ada peningkatan. Begitu jugalah harapannya untuk tahun 2016, yang aku kira lagi menarik.
 Bismillah. Im ready to turn the page to a new chapter.

-aisyahnasyee-

Friday, November 13, 2015

What do I do when I fall?

'Kita dapat result teruk sangat, paling teruk skali pernah dapat'

'Pastu awak buat apa?'

....

'Kita move on'


Entah, I guess that's what I do. When I fell, I get back up. Sebab Allah tak suka orang yang putus asa. 

Maybe I need time, maybe I need time to recover and accept fate. I may need time to sleep for awhile. But when its time to get up, you get up.

Kita tak tahu apa yang Allah susun. Kita mungkin akan mempersoalkan ketentuanNya. Tapi yang kita kena tahu, as a muslim, semua yang Allah bagi is for our own good. Kadang-kadang kita rasa macam Allah tak sayang kita, Allah sengaja nak kita sedih, sengaja nak kita tanggug beban.

Tapi apa yang kita lupa, Allah uji hambaNya yang Dia sayang. Allah ada plan dia yang tersendiri and kita tak mampu nak tahu hikmahnya sebelum waktunya. We just have to pray and wait I guess.

ini tulisan untuk aku sendiri, aku yang mudah lupa tujuan aku belajar, tawakal aku yang rendah bila amek exam dan lupa yang Allah nilai usaha kita bukan keputusannya.

Just get back up and move on with tour life.

Saturday, November 7, 2015

Past is the past

so we agree to put our past behind us, although for me, that past is still in front of me. But I will try to be stronger for the future.

Wednesday, September 16, 2015

12.09.2015

Bismillah



That moment when I said yes. I felt calm. In my heary, I know that is how its supposed to be. I may not know every step ahead, but I knew that every road to Him, he will ease.

People may change their minds, but He is still there.

Awak, saya harap kita tak buat pilihan yang salah. Saya harap keputusan ini selaras dengan garisan ilahi. Kita sama-sama berubah untuk masa depan kita jom. One step at a time.

Tuesday, May 12, 2015

Usrah #1




Bismillah

March 7,
Kakak murobbi, "aisyah akak ada send nama2 adik2 yang aisyah kena bawak"

Tengok list, "akakk, ni semua kawan2 batch kitaaa"

"Yeke? Aisyah okay ke nak bawak dorang?"

"Kita ok kalau dorang ok"

26 mac, 

Usrah kali pertama. Cuak, gementar, kalit pun ada. Mungkin sebab kali pertama hendak memberi tarbiyah, mungkin juga sebab adik-adik mutarobbi semua sama umur. Aku tahu aku mampu bila kakak murobbi aku ada keyakinan kat aku. Kalau dia tiada keyakinan, aku akan terus putus asa.

Alhamdulillah yang pertama berjalan dengan lancar. Ada 3 orang datang lambat, tak sempat nak dengar tadabur surah al hasyr ayat 18. 

"Lihat apa yang kau sediakan untuk hari esok yakni akhirat"

Aku kaitkan dengan amal-amal duniawi kita, bagaimana kita hendak cari sesuatu yang dapat manfaat akhirat. Bagaimana tarbiyah itu dapat membantu akhirat kita. Aku tanya bagaimana mereka boleh join usrah? Jawapan yang masha allah. 

Bila aku jumpa mereka, aku tahu mereka sangat sukakan kebaikan dan mencari-cari sesuatu yang dapat tolong mereka. Aku bersemangat hendak menolong. Moga Allah bantu.

Betullah orang kata, bila kit jadi murobbi, baru kita akan menghargai murobbi2 kira. Kerja yang payah, membantu manusia baiki hati dan amalan mereka. Bukan senang. Tak semua orang nak buat kerja ini. Aku mungkin bukan yang terbaik dalam kerja ini. Cuma mengharapkan yang aku boleh bantu sedikit.


-aisyah-

Thursday, January 29, 2015

Dulu. Masa hadapan

Bismillah

Jika aku mampu untuk tarik balik apa yang aku katakan dulu, dah lama aku lakukan ia. Tapi aku jahil waktu tu. Belum matang. Masih susah nak jaga hati.

Mintak maaf awak kerana terpaksa buat awak runsing selama bertahun lamanya. Aku yang salah kerana aku yang mulakan. 

Aku ingat ia tidak memberi kesan ke hatimu. But you didnt forget did you. You may forgive me but you dont forget. That way we are different. Because I forget but I dont forgive.

Manusia dengan lidah berpisah tiada. Aku tak pandai dulu. Aku terlepas kata. 

Rupanya 3 thn terputus dari berhubung tak mengubah apa-apa. Ke tak?

Maafkan aku. Let's give each other some distance. That way, we can both try to change ourelves. To be more matured, to change ourselves.

That way we can see if our hearts really did match each others. Im as confused as you are anyway.

Allah, show us the way.

Friday, January 2, 2015

2014




Bismillah.
31December2014, Amman, Jo.

2 days ago.

Hari last 2014.

2014. Tahun yang penuh dengan decisions. Kena buat banyak keputusan. Dan juga tahun di mana aku sedar yang hidup ini penuh dengan membuat keputusan, istikharah,

Tahun ini juga aku belajar untuk tundukkan perasaan, pendamkan hati, nangis sendiri dalam selimut dan bangun dalam keadaan gembira.

Tahun di mana aku sedar, yang manusia tak mampu untuk membuat aku gembira. Gembira itu Allah yang bagi. Seramai mana pun manusia dalam hidup, Tidak akan mampu untuk menggembirakan hati yang sunyi,

Ye. Hati aku sunyi, Tahun di mana aku belajar untuk hidup berseorangan. Jalan berseorangan, nangis bersendirian.

Tapi aku yakin dengan janji Allah. Aku yakin Allah ada bersama aku. walaupun perit untuk hadirkan perasaan tu, aku tetap cuba untuk berdiri walau kaki ku snagat sakit. Ingin saja aku berhenti, putus asa dari jalan yang aku pilih ini. Tapi, aku bersyukur Allah masih lagi kukuhkan kakiku di jalan ini. Dan aku kira itu antara nikmat yang terbaik Allah bagi kepada ku.

Tahun lebih penuh duka dari gembira. Tapi aku yakin ianya bersebab.

untuk mengajarkan ku erti kebahagiaan yang sebenarnya.

Daun yang terakhir untuk tahun 2014, sudah pun gugur dan daun yang pertama untuk tahun 2015, sudah pun mula mengembang. dan aku harap tahun 2015 ini, kaki ku masih lagi kuat dan terus menguat di jalan dakwah ini.

-aisynasyee-